Quantcast
Channel: .
Viewing all articles
Browse latest Browse all 36

Teman Lelaki Upahan | Makin hot

$
0
0
Salam semua

Hari ni saja nak citer pasal tema Drama Melayu
Dulu aku bukanla peminat drama melayu ni..

memang takla kalau buka tv jer drama melayu..aku trus push button remote tukar channel lain.
melampau kan..tak sokong drama tempatan langsung..

Tapi sejak 2 tahun kebelakangan ni..
aku dah jadi peminat tegar..bukan Tegar ( aku yg dulu bukanla yang sekarang) ..yokk.

Latest ni aku suka sangat ngn drama Teman Lelaki Upahan


Tinggal 2 last episode jer..citer paling best this year.
Sebab pelakon semua best..spontan n not acting look alike..paham tak maksud aku..
Jalan citer pun best..lain dari biasa...
suka2

tapi kenapa...
Kenapa El eksyen sangat ngn Kyra ni..
sama plak ngn nama anak i just dat..my gal name Khayra..

Sian plak ngn Kyra Lydia ni..
tak baik sungguh wat camtu..kesian..
terus terang je la kan..yang El suka kat Kyra..
ni nak balas dendam pulak..

dua sama suke..tapi memasing simpan jer..

tapi hari2 aku x sempat nak tgk live kat tv..hari2x balik keje lambat..
so aku delay 1 day..
tak sabar nak tgk the next day..tu pun ble layan kat opis jer..
pepagi aku trus layan jap..lam 1/2 jam..

korang nak tengok boleh g link ni..or klik je image kat bawah



Tajuk: Teman Lelaki Upahan
Channel : TV3
Slot : Akasia
Mula Tayangan : 9 Febuari 2015
Masa: [Setiap Isnin-Khamis, 7 mlm]
Jumlah Episode : 28

Lagu Tema : Rahsia - Ippo Hafiz

Senarai Penuh OST Teman Lelaki Upahan

Barisan Pelakon : Ungku Ismail Aziz, Elizad Sharifuddin, Izara Aishah, Wan Raja, Shah Iskandar, Fikhree Bakar, Siti Nur Zakiah, Sharifah Alesha, Fazlina Ahmad Daud, Azhan Rani, Dian PRamlee dll

Sinopsis Drama 

Drama bersiri Teman Lelaki Upahan menceritakan tentang El, pemilik restoran The Spices yang diupah menjadi teman lelaki Kyra Lydia lakonan Elizad Sharifuddin.

Disebabkan satu insiden kecil yang berlaku di restoran itu, El terjebak dalam rancangan gila Kyra Lydia. Tanpa pengetahuan keluarga El, hubungan cinta palsu itu terjalin sehingga mereka bersetuju disatukan.

Bagi Lydia, EL lelaki yang sederhana, tapi bagi EL Kyra Lydia adalah gadis yang sombong, berhati batu dan penuh dendam.

Dalam tidak sedar,cinta berbunga mekar antara mereka. EL berjaya mengubah perangai buruk Lydia.

Pada saat EL ingin meluahkan rasa hati,ujian datang dan menjadikan dia seorang pendendam

Kyra Lydia berdendam pada ayahnya kerana  baginya ayahnya punca ibu meninggalkannya. Ezwan pula kecewa bila kekasih hatinya Zara berkahwin dengan abang longnya sendiri

Hubungan Lydia dan keluarga tirinya semakin baik,namun sebaliknya bagi EL. Kemalangan yang menimpa ayah dan abang longnya membuatkan dia berjanji menjaga Zara yang mengandung.

Lydia tahu,dia terpaksa melupakan EL kerana Zara cinta pertama pada EL.Apabila rahsia tentang ibu kandungnya curang dan penyakit ayahnya diketahui, Lydia mengambil keputusan memutuskan perkahwinannya dengan EL. Perkahwinan dibatalkan. Masihkah ada ruang dalam hati EL untuk Lydia?

El yang sempoi dan banyak cakap

Pelakon Drama Teman Lelaki Upahan: 
Ezwan Lufti- Ungku Ismail Aziz (Watak Utama)
Kyra- Siti Elizad
Zarra: -Izara Aishah
Adam- Azma Aizal Yusoof
Camie- Izreen Azminda
Azlina- Fazlina Ahmad Daud
Fikrie Bakar- Haidar 

info aku amik kat sini jer
- See more at: http://www2.bukancincai.com/2015/02/sinopsis-drama-teman-lelaki-upahan.html#sthash.HaT8xple.dpuf

Viewing all articles
Browse latest Browse all 36